20091124

GOTONG-ROYONG PERDANA 02.08.08

Gambar dah ambik, jadi langkah diteruskan dengan mengadakan Gotong-Royong Perdana.. pertama kalinya diadakan pada 02 Ogos 2008... maka setiap zon buat perancangan, seronok dan teruja, gotong-royong sama-sama, makan-minum pun disediakan secara gotong-royong (setiap zon sediakan untuk ahlinya) dan ada yang bawa bekal-kongsi ramai-ramai.. best!
SEIRI-sisih
Mengasingkan dan membuang barang yang tidak diperlukan

Tuan DO dan PA sibuk mengemas-membuang mana yang tidak diperlukan lagi

Sisih-sisih jangan tak sisih.. bagus! semangat kerjasama : yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul..

20091120

Ambik Gambar

Inilah gambar-gambar sebelum mula amalkan 5S..memang lah serabut, dah macam tongkang pecah pun ada...teruk lagi pun ada tapi malu lah nak tunjuk....... hi hi hi..
ok.. tuan-tuan dan puan-puan semua sebelum mula aktiviti SEIRI tu apa yang penting snap dulu realiti keadaan pejabat kita..tujuan nya ialah untuk menunjukkan perbandingan SEBELUM vs SELEPAS amal 5S nie..ada perubahan ke tidak yea..
(*p/s.. kalau tengok semula gambar-gambar nie macam tak mengaku je... hi hi hi pejabat sapa nih???)

GAMBAR-GAMBAR SEBELUM AMAL 5S
ZON KRISTAL (UNIT KHIDMAT PENGURUSAN)

ZON BERLIAN(UNIT PEMBANGUNAN DAERAH)

ZON MUTIARA (UNIT PENDAFTARAN)


ZON INTAN (UNIT HASIL)

ZON DELIMA (UNIT PELUPUSAN DAN PEMBANGUNAN TANAH)

ZON NILAM(UNIT PELAN & KERJA LUAR)

ZON ZAMRUD (LAMAN)

LANTIKAN JK INDUK 5S

nie gambar masa kali pertama Mesyuarat JK Induk 5S pada 15.07.08
Sekembalinya dari lawatan, langkah kedua adalah mengadakan Mesyuarat JK Induk Program 5S bagi menyelaras aktiviti dan membincangkan pelan tindakan yang akan diambil.
Antara keputusan mesyuarat:
-Lantikan Ahli Jawatakuasa Induk Program 5S PDT Pekan
-Taklimat Pendedahan Program 5S kepada semua kakitangan pada 17 Julai 2008.
-Gotong-Royong Perdana
-Tindakan semua Zon : ambil gambar zon dan sediakan sudut 5S
-Mengadakan Kempen & Pertandingan berkaitan 5S

Di PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN BACHOK

10 Julai 2008, 9 pg ~ 12.30 thr
Seisi Taklimat diisi dengan ucapan alu-aluan dari Ketua Jajahan Bachok sendiri iaitu YABrs. Hj Adnan Bin Husin manakala Taklimat 5S telah disampaikan oleh Pengerusi J/K Pemandu Amalan 5S PTJ Bachok iaitu En Zulkiflee Bin Ab. Rahman.

DO Pekan & DO Bachok

Seisi Taklimat


Usai taklimat kami dibawa melawat ke setiap unit bagi melihat sendiri amalan 5S yang dipraktikkan..

20091119

LANGKAH PERTAMA.....

Bermula langkah pertama : Pengenalan & Pemahaman;
Bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai Amalan 5S, seramai ±40 warga PDT Pekan (termasuk pegawai dan kakitangan) telah dihantar berguru ke Pejabat Jajahan & Tanah Bachok, Kelantan. Pada 9 ~ 10 Julai 2008 kami ke sana dengan sebuah bas dan turut bersama satu rombongan dari Majlis Daerah Pekan...

dalam baS

check in di Hotel Raudah KB

aktiviti riadah (dekat je dengan hotel penginapan..)

PENGENALAN

Laman Blog ini diwujudkan sebagai satu sisipan bagi memaparkan aktiviti-aktiviti Amalan 5S yang dipraktikkan di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan... sekadar berkongsi pengalaman kepada yang berminat dan mungkin yang masih tercari-cari info mengenai 5S..."PENGKONGSIAN MAKLUMAT"..

Kisahnya : 5S mungkin sudah ramai yang mengenalinya terutama jika pernah bekerja di syarikat-syarikat swasta..namun bagi jabatan kerajaan sejak akhir-akhir ini bagai kan satu fenomena yang mencetus perubahan dan inovasi.

Bermula apabila Pegawai Daerah sendiri yang mengarahkan semua kakitangannya terlibat secara lansung dalam mempraktikkan Amalan 5S bagi mewujudkan persekitaran yang berkualiti di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan....

Seperti kebiasaannya-memang agak sukar bila memperkenalkan sesuatu yang baru, namun hasil dari komitmen yang tinggi; terutama dari Pegawai Daerah Pekan sendiri, usaha kami semua warga PDT Pekan akhirnya berbuahkan kejayaan... realitinya Sijil Amalan 5S kini milik kami!!! dan lagi membanggakan kami merupakan PDT Pertama di Pahang yang berjaya mendapat sijil tersebut dari pihak MPC.. SYUKUR! penat lelah kami berbaloi-baloi.. alhamdullilah...........

Sebelum apa2 mari kita berkenalan dengan S yang lima tuu (bagi yg tak kenal lagi lah-tak kenal maka tak cinta...ye ke idok?)

SEIRI = SISIH
SEITON = SUSUN
SEISO = SAPU
SEIKETSU = SERAGAM
SHITSUKE = SENTIASA AMAL