20091119

PENGENALAN

Laman Blog ini diwujudkan sebagai satu sisipan bagi memaparkan aktiviti-aktiviti Amalan 5S yang dipraktikkan di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan... sekadar berkongsi pengalaman kepada yang berminat dan mungkin yang masih tercari-cari info mengenai 5S..."PENGKONGSIAN MAKLUMAT"..

Kisahnya : 5S mungkin sudah ramai yang mengenalinya terutama jika pernah bekerja di syarikat-syarikat swasta..namun bagi jabatan kerajaan sejak akhir-akhir ini bagai kan satu fenomena yang mencetus perubahan dan inovasi.

Bermula apabila Pegawai Daerah sendiri yang mengarahkan semua kakitangannya terlibat secara lansung dalam mempraktikkan Amalan 5S bagi mewujudkan persekitaran yang berkualiti di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan....

Seperti kebiasaannya-memang agak sukar bila memperkenalkan sesuatu yang baru, namun hasil dari komitmen yang tinggi; terutama dari Pegawai Daerah Pekan sendiri, usaha kami semua warga PDT Pekan akhirnya berbuahkan kejayaan... realitinya Sijil Amalan 5S kini milik kami!!! dan lagi membanggakan kami merupakan PDT Pertama di Pahang yang berjaya mendapat sijil tersebut dari pihak MPC.. SYUKUR! penat lelah kami berbaloi-baloi.. alhamdullilah...........

Sebelum apa2 mari kita berkenalan dengan S yang lima tuu (bagi yg tak kenal lagi lah-tak kenal maka tak cinta...ye ke idok?)

SEIRI = SISIH
SEITON = SUSUN
SEISO = SAPU
SEIKETSU = SERAGAM
SHITSUKE = SENTIASA AMAL

No comments: